22.2.14

Epilog Seorang Guru

Pernah suatu ketika ibuku berkata
"Jadilah guru nescaya hidupmu mulia"
Aku kurang mengerti ketika itu
Apakah kelebihannya menjadi seorang guru
Atau apakah hebatnya menjadi seorang guru

Aku memiliki bakat pemimpian
Kekuatan idea dan semangat
Kata kenal-kenalanku
Begitu juga kehendakku
Aku inginkan perubahan
Dan aku pasti usahakan untuk perubahan itu

Namun aku tidak pasti
Sangat sangsi
Apakah aku mampu lakukan
Dari seorang yang bergelar guru?
Apakah aku mampu memberi perubahan pada masyarakat
Apakah aku mampu meraikan jiwa mudaku yang hendakkan perubahan
Atau apakah aku hanya mampu menjadi seorang daif atas nama cikgu
Aku kurang mengerti
Aku tidak fahami

Kini
Kusedari
Dari seorang ulama terbilang
Dari seorang pemimpin prolifik
Dari seorang pengarah syarikat kredibel
Dari seorang pensyarah cemerlang
Dari seorang pemidato agung
Dari seorang jagoan sukan
Dari seorang peruncit berjaya
Dari seorang mahasiswa pemberani
Dari seorang anak kecil yang murni
Semuanya bermula dari seorang guru mithali
Mendidik anak bangsa seikhlas budi
Memanjatkan doa untuk kemegahan sebuah tamadun
Membina negara yang bebas merdeka dari perhambaan
Mengubah ummah menjadi perkasa dan intelektual

Itulah peranan seorang guru
Mendidik
Mengasuh
Memujuk
Membesarkan
Membenarkan
Mengasah bakat
Menjulang kebanggaan anak bangsa
Mencermin kemuliaan bangsa merdeka

Itulah jasamu guru
Itulah diriku