Penyelesaian
Masalah
Dalam
mimpi, aku bermimpi aku sedang berlari. Di hadapanku ada batu, api dan air.
Pelik, aku terus berlari tanpa menghiraukan halangan di hadapan. Maka, aku
melalui ketiga-tiga halangan tanpa susah dan sukar. Merempuh ketiga-tiga
halangan dengan kekuatan jiwa, maka ketiga-tiga haangan itu langsung tidak
memberi mudarat, apatah lagi manfaat kepadaku.
Aku
bersyukur. Terbangun diriku. Bosan. Mereka terus membebel di belakang dan
hadapanku.
Aku
bangun, membulatkan semangat. Kukumpulkan kekuatan. Aku mara ke hadapan, lalu
tanganku angkat. Aku menampar ketiga-tiga rakan akrab tiga serangkai itu dengan
sekuat hati. Mereka tergamam, berhenti membebel.
Muka
mereka merah, menarik nafas panjang-panjang. Kemudian, mereka terus membuka
mulut dan teruslah membebel. “Ya Allah, berikanku kekuatan!,” Aku terus
mengangkat tangan dan memberi tamparan sekali lagi. Kena tepat di bibir dan
pipi. Maka, kali ini mereka bertindak balas. Telefon di sisi ingin merakamkan
bunyi, kesan tamparan dan menelefon Si Pencacai yang berat sebelah. Maka, tak
tunggu masa, aku terus angkat kaki, tidak menghiraukan rakan akrab ini. Bukan
takut, tetapi tidak berani. Tidak berani bukan kepada kekuasaan siapa-siapa,
tetapi takut andai tak laksanakan amanah dengan baik. Menghabiskan masa bersama
rakan akrab ini yang tertutup pintu hati atas kehendak Allah taala ini
menyebabkan masa, ruang, tenaga dan kewanganku membazir. Sekurang-kurangnya dua
tamparan yang telah kulepaskan tadi menjadi bukti amar makruf nahi munkar di
hadapan Allah taala. Lantak merekalah!
Kini,
di hadapanku hanyalah Si Tirani yang nampak bengis. Buat permulaan takut dan
gementar juga hatiku. Namun, kugagahkan jiwa dan ragaku untuk berhadapan dengannya,
itulah matlamat perjuanganku selama ini. Aku mengerutkan wajah, mengepalkan
tangan dan mengerahkan fikiran untuk mencari posisi badan yang paling ampuh
untuk menakutkan Si Tirani. Tak lupa juga niat asalku kerana Allah semata,
bacaan ayat Kursi mohon syaitan-syaitan yang ada di sisinya lemah atau mampus
dan doa pengharapan penuh tawakal agar usahaku berhasil. Demi agama semata-mata
kemudian rakyat dan diri. Agak lama kuberhadapan dengannya. Tidak bergerak,
tiada balasan. Kadang-kadang kegusaran lahir dari hatiku andai dia akan
menerjang dan terus membuas. Saat berganti detik. Minit berganti masa. Jam
berganti waktu. Namun, dunia masih berganti dunia.
Buntu
Pening
fikirkan kaedah mengalahkannya. Sekurang-kurangnya memalingkan wajahnya
daripada terus angkuh memandang dan merendahkan diriku mewakili rakyat dan
pemuda malah mahasiswa ini. “Ya Allah, berikanlah aku kekuatan!”
Maka
teringatlah diriku akan mimpi tadi. Segar diingatan. Cuba mencari kata kunci.
Lari! Itulah dia resepinya! Maka, ku angkat kakiku. Lari sedikit daripada
wajahnya. Nah, aku nampak sesuatu yang mengejutkan. Malah amat menyakitkan
hati. Untuk kepastian, aku bangun dan terus berlari dari wajahnya. Itu dia
kelemahannya. Aku tertawa sendirian.
Aku
terus pulang ke rumah. Hajat mahu terus tidur untuk mengurangkan tekanan yang
ada. Malah, ingin menghilangkan pula kepenatan dan tawa di hati. Menghabiskan
masa! Itulah pandanganku kini.
Itulah
rupa sebenar Si Tirani. Dia bercakap berdasarkan kehendak rakyat. Rakyat
membebel, dia membebel. Rakyat takut, dia juga takut. Rakyat kuat, dia juga
kuat. Rakyat sokong, dia mula naik. Rakyat pancung, dia mula panik. Itulah dia
Si Tirani. “Seseorang” berdasarkan impian rakyat. Rakyat mahukan hiburan, dia
bagi hiburan. Rakyat mahukan wanita, dia bagi Wanita Pertamanya. Rakyat mahukan
ternakan, dia bagi ternakan, walau pun khalayan untuk beli kondo. Rakyat
mahukan duit, dia bagi semula duit rakyat kepada rakyat. Rakyat mahukan
kemudahan, dia bagi semua yang rakyat ada kemudian memuhasabahkan rakyat bahawa
itu semua rezeki pemberiannya dan bukanlah pemberian-Nya. Sungguh melampau Si
Tirani. Rupanya Si Tirani hanyalah sebuah CERMIN! Dia adalah berdasarkan apa
yang rakyat hendakkan. Dia bukanlah seekor jin teko, tetapi mungkin jin cermin.
Sama maksud dengan isi Surah an-Nas – “dari kejahatan (bisikan) syaitan yang
bersembunyi yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan)
jin dan manusia”. Itulah dia Si Tirani! Syaitan yang bertopengkan manusia!
Aku
mahu balik rumah untuk tidur kerana aku tahu dia takkan ke mana-mana.
Berhadapan dengannya ibarat berhadapan dengan sesuatu yang tidak berakal dan
bernyawa. Mungkin juga refleksi bagi kelemahan dan kedangkalan rakyat yang
lemah.
Misiku
masih lagi berbaki. Si Pencacai! Manakah dia Si Pencacai itu. Dalam
perjalanan pula, di kejauhan, nampak
seorang gadis yang ramah bicara. Rakyat yang ketandusan jiwa merayu-rayu di
sisinya. Ada yang seakan cuba memeluk kakinya yang gebu itu, ada yang ingin
mendakapnya dan ada yang ingin menyentuh rambutnya. Kesemua unsur maksiat itu beliau tangani dengan rengekan, sentuhan
manja, dan kenyitan mata yang berbisa. Semua yang ada di situ terpegun dan ada
yang tertinggung melihatkan keghairahan si gadis itu. Seksi! Takku hirau, terus
berlalu kerana ada lagi tugasan yang perlu kuselesaikan walau pun beliau
menyebabkan jantungku berdebar.
“Abang,
itu dia kekasih hati saya,” memekik si gadis itu kepadaku. Terkesima. Terpegun.
“Bila masa ada roh lain yang meresapi diriku?,” lalu dia berlari-lari manja ke
arahku. Memegang lengan tangan kananku menyebabkan diriku selesa, dan
semestinya berada di awan-awanan. Maka, seluruh rakyat pun datang kepadaku
seraya berkata “Dia ini hak milik kami!,”. Aku tercabar lalu berkata “Beliau
datang menyantuniku, maka dia hak milik akulah!,”. Tegas, kerna bulan sudah
jatuh ke riba. Ketika itu juga, terbayang-bayang dalam benak hatiku rumah
tangga yang bakal kami bina. Akan kubimbing si gadis ini menjadi seumpama wali
muslimat, walau pun diriku tidak setara mana. Lalu tanpa banyak bicara, seluruh
rakyat mengkerumi aku lalu membelasah diriku tanpa belas kasihan. “Di mana dan
ke mana kekasih hati yang baru ku kenali itu?”.
Bengkak
seluruh tubuhku. Aduh, saya badanku. Darah dan kepatahan menghiasi segenap
tubuhku. Bisa. Namun, mana kekasihku?
Di
atas puncak bukit kecil itu, kulihat beliau tersenyum dan ketawa. Seumpama
pengorbananku itu dibalas dengan motivasi gelak beliau itu. Seluruh rakyat
mengerumi bukit tempat beliau berada itu. Tonjolkan keghairahan dan kekuasaan
badannya itu\ menyebabkan hatiku mula sekali lagi terpaut pada kecantikannya
itu. Namun, iman lemahku berkata, “Aku mesti hadapi dia ini – bukan lagi beliau
– kerana mungkin dialah pengacau rakyat,”. Lalu kugenggam tanah berpasir,
kubacakan tiga kali ayat Kursi. Dia nampak rimas, dan gerak geri beliau
seumpama resah. Tidakku kisah akan kakiku yang patah, hidungku yang tersumbat
dan kepalaku yang retak. Kugagahi membaca surah pilihan. Itulah dia
penyelesaiannya!
Penyelesaian
Aku mengambil posisi cantik, lalu kutarik tanganku
ke belakang. Mengambil jarak untuk menambahkan kelajuan. Maka, sudah bersedia,
“Ambik kau!” Jeritku disusuli terjahan gumpalan tanah berpasir tepat kepada si
gadis itu. Menggelumparlah si gadis itu kepanasan. Seluruh rakyat sekadar
memerhatikannya walau pun ada seorang dua yang cuba membantunya. Aku terus
mengengsot ke arahnya. Mujurlah ada beberapa orang Anak Muda Merdeka yang sudi
membantu mengangkatku ke bahu mereka untuk menuju kea rah gadis itu. Kami semua
terlopong. Tersingkaplah segala khazanah si gadis itu. Itu dia! Besar, menawan
dan…. menggelikan.
Masih ada khalayak rakyat yang menangis melihatkan
keadaannya. Tidakku hirau, biarlah mereka dengan perasaan mereka. Baru puas
hati aku.
Wajahnya kehitaman, matanya besar, begitu juga
bibirnya. Tersingkap tanduk besar di dahinya. Badan besar dan menggerutu.
Itulah dia si gadis itu. Lalu kuminta Anak Muda Merdeka itu rapatkan diriku
kepadanya. Nazak! Kuajarkannya mengucap. Dia tidak mampu. Lalu kutanya siapakah
dia. Lalu dijawabnya, dialah Si Pencacai. Sepantas kilat ucapan syahadah itu
digantikan dengan hayunan penampar. Mungkin tamparan itu sungguh kuat
sehinggakan Si Pencacai itu terus meninggal di situ dengan lidah yang terjelir.
Seluruh rakyat lantas berkata, “Kenapa harus
begini?,”. Aku berkata “Kerana itu ketentuan Allah s.w.t.,”. Lalu kubangun
berjalan kegirangan walau pun masih terasa sakitnya kesan belasahan rakyat itu.
Misiku sudah selesai. Alhamdulillah.
Tamat.
No comments:
Post a Comment