15.7.12

Islam Tidak Pernah Tertegak dengan Kata

"Kita mestilah cuba berdakwah kepada masyarakat keliling!,"
Kata seorang teman. Indah, bersemangat.

Tetapi sayang.
Masyarakat keliling mengenalimu
Seorang pacar yang tangkas. Hebat.
Lelaki yang kacak memiliki teman wanita.
Hancus.

Islam tidak pernah tertegak dengan kata-kata
Andai perkataan itu diulang dan diulang
Tiada gunanya
Seumpama si gila membebel kepada si gila yang lain
Perumpamaan kasar
Pengertiannya muda
Allah mengharamkan 'cakap tak serupa bikin'
Jadi bahasaku ini lebih lunak sebagai teguran
Berbanding azab yang menimpa golongan yang suka bercakap itu



Pemahaman berkaitan Islam perlu diperjelaskan
Dipertajamkan dan dipermudahkan
Andai diri penggerak dakwah pun bermasalah
Masalah masyarakat lebih kecil berbanding masalah kita
Itulah ingatan daripada diri yang hina ini

Islam tidak pernah tertegak dengan kata-kata
Melainkan dengan darah dan air mata


No comments:

Post a Comment