22.2.14

Epilog Seorang Guru

Pernah suatu ketika ibuku berkata
"Jadilah guru nescaya hidupmu mulia"
Aku kurang mengerti ketika itu
Apakah kelebihannya menjadi seorang guru
Atau apakah hebatnya menjadi seorang guru

Aku memiliki bakat pemimpian
Kekuatan idea dan semangat
Kata kenal-kenalanku
Begitu juga kehendakku
Aku inginkan perubahan
Dan aku pasti usahakan untuk perubahan itu

Namun aku tidak pasti
Sangat sangsi
Apakah aku mampu lakukan
Dari seorang yang bergelar guru?
Apakah aku mampu memberi perubahan pada masyarakat
Apakah aku mampu meraikan jiwa mudaku yang hendakkan perubahan
Atau apakah aku hanya mampu menjadi seorang daif atas nama cikgu
Aku kurang mengerti
Aku tidak fahami

Kini
Kusedari
Dari seorang ulama terbilang
Dari seorang pemimpin prolifik
Dari seorang pengarah syarikat kredibel
Dari seorang pensyarah cemerlang
Dari seorang pemidato agung
Dari seorang jagoan sukan
Dari seorang peruncit berjaya
Dari seorang mahasiswa pemberani
Dari seorang anak kecil yang murni
Semuanya bermula dari seorang guru mithali
Mendidik anak bangsa seikhlas budi
Memanjatkan doa untuk kemegahan sebuah tamadun
Membina negara yang bebas merdeka dari perhambaan
Mengubah ummah menjadi perkasa dan intelektual

Itulah peranan seorang guru
Mendidik
Mengasuh
Memujuk
Membesarkan
Membenarkan
Mengasah bakat
Menjulang kebanggaan anak bangsa
Mencermin kemuliaan bangsa merdeka

Itulah jasamu guru
Itulah diriku




21.4.13

PRU 13 : Dalam Genggaman

Ada orang kata
Hidup adalah sementara
Aku pun berkata sedemikian rupa
Rakan-rakanku jua

Namun
Di balik sinis itu
Terungkit suatu persoalan
"Apakah dia faham perkataannya itu?,"
Adakah sekadar madah tanpa bisa
Berkata tidak semuanya tidak apa

Aku berkata
"Hidup kita sementara
Berjuanglah selagi mampu.
Kita adalah khalifah,
bukan makhluk tidak bermaruah!,"

Aku pemuda
Semangat membara
Kuakan pastikan tanganku sentiasa bergegar
Menggenggam tekad mencambuk musuh
Mempertaruhkan masa depan
Untuk agama tercinta

Putrajaya....
Aku mengimpikanmu
Semoga Allah berkati.

15.7.12

Oh, Pemuda Itu!

Suatu petang yang hening
Panas mentari yang terik
Merenjat setiap titis air dari anak tekak
Aku melihat seorang anak muda

Putih
Bercahaya wajahnya
Kuamati wajahnya
Berjanggut dan tersenyum memandangku

Inilah nilai pemuda
Ramai pemuda di luar sana
Disibukkan dengan godaan dunia
Bahkan mengerah segenap tenaga
Mencari sesuap rezeki untuk raga


Rumah Tangga Muslimku

Rumah tangga merupakan suatu amanah
Keperluan serta kehendak manusiawi
Memenuhi fitrah manusia jagat
Membina keluarga yang aman sejahtera
Bersama pasangan yang tercinta

Tanggung jawab membina rumah tangga bahagia
Bukan sekadar ungkapan bibir
Malah
Melalui pengamalan dalam kehidupan seharian kita
Ibadat
Layanan
Pengurusan rumah tangga
Tanggung jawab pada diri, keluarga, masyarakat
Itulah kaedah untuk kita berjaya
Dunia akhirat


Islam Tidak Pernah Tertegak dengan Kata

"Kita mestilah cuba berdakwah kepada masyarakat keliling!,"
Kata seorang teman. Indah, bersemangat.

Tetapi sayang.
Masyarakat keliling mengenalimu
Seorang pacar yang tangkas. Hebat.
Lelaki yang kacak memiliki teman wanita.
Hancus.

Islam tidak pernah tertegak dengan kata-kata
Andai perkataan itu diulang dan diulang
Tiada gunanya
Seumpama si gila membebel kepada si gila yang lain
Perumpamaan kasar
Pengertiannya muda
Allah mengharamkan 'cakap tak serupa bikin'
Jadi bahasaku ini lebih lunak sebagai teguran
Berbanding azab yang menimpa golongan yang suka bercakap itu

15.2.12

Kenapa Harus Begini? (Bahagian 1)


Rintihan Sanubari
            “Kenapa harus begini, ya Tuhanku,” rintih diriku dalam kegelapan malam. Rembulan purnama pula seakan memayungi malam yang sangat panjang ini.
            Dua minggu yang lalu menyaksikan seluruh haluan hidupku bertukar arah. Kebangkitan pertama golongan pemuda yang berani itu sangat mengesankan penjarah masyarakat. Sekurang-kurangnya mereka mampu bangun dari mimpi di siang hari bahawa tidak semua rakyat akan terpesona dengan ungkapan bibir mereka yang dahagakan darah dan tangisan rakyat itu.
            Keberadaanku di pondok sepi ini serasa berada di dalam penjara. Pemikiranku ditindas, jiwaku ditekan, perasaanku digumpal dan jasadku seumpama dibekukan dalam suatu sistem yang sangat menyeksakan. Aku, selaku seorang pemuda yang berfikiran bebas, tidak mahu mengalah, tidak pula mahu dikongkong oleh Si Petualang yang berkepentingan.

Kenapa Harus Begini? (Bahagian 2)


Penyelesaian Masalah
            Dalam mimpi, aku bermimpi aku sedang berlari. Di hadapanku ada batu, api dan air. Pelik, aku terus berlari tanpa menghiraukan halangan di hadapan. Maka, aku melalui ketiga-tiga halangan tanpa susah dan sukar. Merempuh ketiga-tiga halangan dengan kekuatan jiwa, maka ketiga-tiga haangan itu langsung tidak memberi mudarat, apatah lagi manfaat kepadaku.
            Aku bersyukur. Terbangun diriku. Bosan. Mereka terus membebel di belakang dan hadapanku.
            Aku bangun, membulatkan semangat. Kukumpulkan kekuatan. Aku mara ke hadapan, lalu tanganku angkat. Aku menampar ketiga-tiga rakan akrab tiga serangkai itu dengan sekuat hati. Mereka tergamam, berhenti membebel.
            Muka mereka merah, menarik nafas panjang-panjang. Kemudian, mereka terus membuka mulut dan teruslah membebel. “Ya Allah, berikanku kekuatan!,” Aku terus mengangkat tangan dan memberi tamparan sekali lagi. Kena tepat di bibir dan pipi. Maka, kali ini mereka bertindak balas. Telefon di sisi ingin merakamkan bunyi, kesan tamparan dan menelefon Si Pencacai yang berat sebelah. Maka, tak tunggu masa, aku terus angkat kaki, tidak menghiraukan rakan akrab ini. Bukan takut, tetapi tidak berani. Tidak berani bukan kepada kekuasaan siapa-siapa, tetapi takut andai tak laksanakan amanah dengan baik. Menghabiskan masa bersama rakan akrab ini yang tertutup pintu hati atas kehendak Allah taala ini menyebabkan masa, ruang, tenaga dan kewanganku membazir. Sekurang-kurangnya dua tamparan yang telah kulepaskan tadi menjadi bukti amar makruf nahi munkar di hadapan Allah taala. Lantak merekalah!