6.10.11

Antara Tiga Bini


Antara tiga
Bukan satu
 Bukan dua
Tapi tiga

Zaman hampir sama
Negara berbeza
Agama berbeza
Bangsa berbeza
Rupa mungkin serupa
Mungkin
Namun
Nama berbeza
Bukan satu
Bukan dua
Tapi tiga





Tunisia menggariskan kebangkitan
Mesir juga sama
Filipina sudah lama menjadi sejarah
Rakyat terlalu muak
Mual dengan kawalan
Mual dengan hakikat pemerintahan
Bermaharajalela
Menipu
Berbohong
Semuanya biasa
Biasa-biasa sahaja
Bagi orang di atas sana
Tapi bukan rakyat jelata
Si kecil ini perlukan roti untuk disuap
Si ibu perlukan tenaga untuk mengemas
Si bapa perlukan kerja untuk nafkah
Si graduan perlukan masa depan untuk diteroka

Apakah nilai marhaen di sisi
Diperbodohkan dan diperkudakan
Hanya inikah nilai kami
Nilai kami adakah sekadar pencacai?
Tanpa maruah dan boleh saja dipergunakan?
Adakah kami ini hanyalah tiang bagi pembangunan
Di atas sana orang aristokrat dan bapa keparat?

Di manakah nilai kami
Adakah tidak cukup pengorbanan kami
Dibalas dengan pembantaian mental
Mengaburi rakyat dengan sumpat-sumpah dusta
Adakah ini nilai kami
Menangkan bini
Seluruh harta rakyat diberi
Kamu tiada di sanubari
Adakah ini nilai kami?

Di sini
Apakah nasib di sini?
Tiada yang peduli
Jangan takut, gusar
Kerna hanya orang yang berakal semata yang
Mampu menilai dengan pemikiran yang waras
Kami adalah kami
Marhaen mampu berkuasa
Ingatlah pemimpin negara
Malaysia tercintaku...




Rujukan :
  1. http://mybeautyindonesia.wordpress.com/2010/09/05/kisah-bersama-imelda-marcos/
  2. http://www.theaustralian.com.au/news/world/how-a-gold-digging-tunisian-hairdresser-leila-ben-ali-perfected-art-of-plunder/story-e6frg6so-1225993249755
  3. http://anaksengat.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment