6.10.11

Wahai Wanita!

Lembutnya suaramu bagaikan desiran angin di pantai
Indahnya wajahmu  itu persis bulan di balik bayangan awan
Cantiknya budi pekertimu itu ibarat serkam padi ketika masak
Manisnya perawakanmu itu menyising peradaban alam
Itulah keindahan sejati yang kau miliki
Dan sepatutnya kau miliki selaku umat yang berdaulat

Namun
Langit tidak selalu cerah
Bumi tidak selalu indah
Ingin kusentuh hatimu itu dengan penuh kebaikan
Mencerna keinsafan
Sekadar membawa dirimu ke dalam Islam
Sekadar membawa dirimu ke dalam fitrah sebenar muslimat


Aku ingin berbicara
Bahawa segala anugerah yang kauterima
Dari Sang Pencipta
Bukanlah suatu kebenaran untuk kaumelayaninya
Tanpa sempadan akal dan taqwa
Meredah lautan bara
Menentang hakikat alam
Mencarik keredhaan Tuhan
Namun
Segala kelebihanmu itu
Gunakalah pada sang suamimu
Bukanlah khalayak yang bernafsu
Ini bukanlah lontaran peribadi
Namun
Isi daripada kitab yang suci

Suaramu itu
Wajahmu itu
Budi perkertimu itu
Perawakanmu itu
Salutilah dengan jalan taqwa
Bimbingkanlah ianya dengan jalan iman
Bukanlah ikut kemahuanmu semata
Tanpa panduan
Kerna hargamu hanyalah terletak pada nilai agama yang ada pada dirimu
Bukan atas perhiasan yang ditonjolkan oleh dirimu
Islam mencaturkan hidup dengan sebaiknya
Ikutilah
Berimanlah

Sekian sahaja teguran ikhlas dariku
Sekadar menegur
Sekadar melaksanakan amar makruf
Untuk kesejahteraan kita semua
Di sini tidaklah berharga
Di sana janganlah merana
Semoga nukilan ini tidak akan mencalarkan hatimu
Sekadar ungkapan suci dan tulus
Untuk kebaikanmu juga
Muslimat Islamku




No comments:

Post a Comment