6.10.11

Dari Black Sabbath ke Imam Bukhari



Tanggal 5 haribulan 1 aku dilahirkan
Turut bersama seorang abang merangkap adik
Dalam sebuah keluarga soleh aku dilahirkan
Dalam pasangan ibu bapa yang bertaqwa
Dibesarkan dalam keluarga yang beriman
Itulah diriku


Sekadar pengenalan
Moyangku dahulu tuan guru pondok
Keluarga bawahannya merupakan orang yag beragama
Di saat masyarakat jahil binasa
Keturunannya setia dengan agama
Memusuhi kejahilan
Menjadi penggerak masyarakat
Dalam lapangan masing-masing



Begitu juga diriku
Dan adik merangkap abangku itu
Kami diberi pendedahan muqaddam seawal 3 tahun
Masih kuingat bacaan tersekat-sekatku itu dibawah tunjuk ajar bapaku
Mempelajari kalam Allah dengan penuh ketekunan
Begitu juga solat 5 waktu
Mereka sangat tekankan sedari kecil
Dunia kecilku yang sepatutnya diisi dengan permainan

Memang begitu
Namun sebagai tambahan
Ad-Din membentukku dan keluargaku
Mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan
Mementingkan amalan dalam urusan harian
Bahkan puasaku cukup sedari 6 tahun
Seumpama berdosa aku diingatkan
Meninggalkan ibadat-ibadat ini
Walau pun rakan sebayaku leka dengan dunianya itu

Menginjak alam persekolahan
Aku didedahkan dengan persekitaran yang berbeza
Masyarakat yang nyata
Ibadat bukanlah pakaian bagi mereka
Agama bukanlah santapan harian bagi mereka
Bahkan
Bukanlah suatu keperluan dalam mencorakkan mereka
Aku memikirkan kenapa
Mengapa
dan bagaimana
Adakah ini suatu  hakikat
Atau suatu mimpi yang kurang nyata
Aku terkesima dalam menung yang panjang
Merenung masyarakat yang indah diluar
Membusuk di dalam
Itulah kesedihan ummat yang khianat

Pernahku memohon ilmu
Daripada ramai orang yang berilmu
Namun
Nafsunya lebih menguasainya daripada ketaqwaan kepada Allah
Memendam semata ilmu di dada
Mungkin mengimpikan menjadi mufti yang mulia
Atau wali untuk meratib luar biasa
Aku semakin keliru
Adakah itu yang Tuhan yang Maha Satu itu mahu?
Adakah agama ini hanyalah sekadar di bibir
Jauh daripada mentadbir
Alangkah dangkalnya andai agama yang mulia ini
Seandainya hanya berada dalam yasin dan tahlil
Dan pakaian kemegahan ulama berkepentingan

Zaman remajaku diwarnai suka duka
Ibuku tenat melawan penyakit misteri
Seharian jiwa mudaku berkocak
Ingin menyatakan persoalan
Meluahkan isi jiwa yang lara
Namun
Tak siapa yang berkunjung tiba
Daripada para alim disekeliling
Hinggalah wanita miang yang selalu ingin mengambil kesempatan
Mereka semua tidak berguna rasanya buatku
Tidak sudi mendengar luahan diriku
Tidak mampu untuk menelaah pemikiranku
Tidak sama sekali ingin meneroka
Apakah kehendak insan yang biasa ini
Aku menangis

Suatu masa
Datang perubahan dalam diriku
Kepesatan hedonisme dan sekularisme
Menjalar ke dalam urat nadiku
Diri bertanya kenapa dan bangaimana
Jawabnya mungkin ini yang kuperlukan
Melempiaskan gelodak hati yang lara
Menghindari maksiat hawa
Memilih muzik semata
Itulah yang aku pilih

Dari Black Sabbath
Cromok
K.I.S.S.
XPDC
Sum 41
Amuk
Aku menyanjungi mereka
Aku menghormati mereka
Aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka
Tetapi bagaimana?
Seorang imam muda di luarnya
Namun dalam bilik band itulah raja
Band itulah permata
Itulah yang menjadi dambaan jiwa melepas rasa
Diriku
Dariku

Zaman pra-mahasiswa tiba
Hasil telahan iman
Aku kena kembali kepada fitrah
Mengakali fikrah
Membumi rasa
Dalam taubatku yang panjang
Aku berjanji akan berubah
Mengotakan janji beberapa ketika
Membawa bersama jiwa yang merdeka
Daripada noda hitam dosa kepada luahan rasa
Aku mesti kembali kepada-Nya

Zaman mahasiswaku dipenuhi perjuangan
Seharian dimaki
Seharian dicerca
Seharian difitnah
Seharian diaibkan
Semata-mata menyatakan kalimah "Laa Ilaahaillallah"
Cemuhan diterima
Gerakan pemusnahan bermula
Segalanya kuhadapi dengan senyuman
Inilah tarbiah bagi diriku
Mahar bagi perubahan
Mahar bagi perjuangan ini

Kini
Tahun akhir berada di kampus ini
Impianku menjadi murabbi
Alhamdulillah dimakbuli
Bakal pula mendirikan baitul muslim
Bersama seorang wanita solehah
Pemberian Allah yang maha kuasa
Mentadbir dan berkuasa
Menyusun semuanya terbaik
Itulah hasil yang kunampak di sini
Akhirat tak nampak lagi

Walau pun peristiwa silam itu sudah lama berlalu
Dan biarkanlah teruskan berlalu
Kan kutinggalkan bersama hembusan nafasku

Fikiranku kian memahami
Bahawa kitaran hidupku kini sangat indah
Hidayah perkara berharga
Akanku sahut dengan redha

Kini kumenelaah
Kitab Sahih Bukhari
Musnad-musnad
Tasawuf Ibn Taimiyah, al-Jauziyah
Guruku Maulana Asri
Guruku Dr. Abdul Basit
Sangat kurindui
Memantapkan fikrah Islam dan perjuanganku
Aku bersyukur kepada-Mu yang Rabbi

Dari Black Sabbath ke Imam Bukhari
Bukanlah rekayasa
Namun realiti
Seorang pemuda pemberani
Mengejar syahid
Balasan hanya di akhirat nanti


No comments:

Post a Comment