11.9.11

Ibuku yang Tersayang


Nukilan ini ditujukan buat seorang wanita yang bernama ibu
Seorang yang tabah menempuhi hari-hari sukar dengan kerelaannya
Menanti kelahiran bayimu yang ingin kaukucup dengan sepenuh hari
Tempoh sembilan bulan itu kautempuhi dengan senyuman dan zikir mujarobat
Kerana kau adalah ibu ku yang bersayang

Saat kelahirannya disambut girang
Hilai tawa keluarga handai taulan menyambut riang
Tangisanku itu tenggelam dalam kesyukuran
Bapaku bingkas menyambutku mengazankanku
Kerna dia tahu aku bakal meneruskan cita-citanya yang satu
Berjaya dunia dan akhirat



Tempoh ku dibesarkan bukanlah waktu yang mudah
Kenakalan dan tutur kataku dibentuk bukan kepalang
Bahkan aqidah ibadah serta akhlak ditanam
Senang dibilang
Sukar diamalkan
Namun
Mereka tempuhi juga hari-hari itu dengan penuh kesabaran
Membesarkan seorang zuriat menjadi orang
Berbakti pada agamanya sehingga ke liang lahad

Tempoh kepemudaanku itu dipenuhi perjuangan
Jerit perih perjuangan ini kurasakan sesaat
Kerna semangat kepemudaan itu masih lagi utuh dalam jiwa
Pemuda pemberani membawa risalah
Menyelungsur alam mahasiswa dengan gah tanpa penyesalan
Membina peribadi unggul sebelum menlangkah ke gerbang dewasa
Meneruskan hati yang penuh pengharapan

Tempoh kedewasaanku dipenuhi onak berliku
Memuncak
Menjunam
Perkara biasa bagi orang yang berjuang
Inilah harapanku agar terus istiqamah dalam perjuangan
Menelusuri jiwa yang kelam dengan jiwa yang dahagakan kemenangan
Di tangan Tuhan aku berserah
Berbekal asuhan daripada ibu ku tersayang
Dapat kumulai semula kepada anak kecil comelku yang tersayang

Kini
Masa tuaku menjelang
Si ibu dan si bapa sudah lama menghadap Tuhan
Masa untukku muhasabah diri di alam ini
Di manakah amalan
Di manakah perjuangan
Dapat kurasakan peri pentingnya sebuah bangsa ini tertegak dengan aman
Keadilan ditanam kebajikan diperhatikan
Agar anakku itu bakal mewarisi kepimpinan dalam suasana masyarakat yang beriman
Bukanlah masyarakat yang rosak tenggelam dalam khayalan

Itulah pesanan dan harapan
Taujihat daripada si ibu suatu ketika itu bermain semula di dalam dadaku
InsyaAllah ibu
Akan kutunaikan permintaanmu
Untukku jadi seorang yag berguna dalam agamaku dan agamamu ini
Melahirkan ummah yang bermaruah dan berdiri tinggi
Menjulang melangit panji-panji suci
Kerna kutahu
Engkaulah satu-satunya ibuku yang tersayang
Yang amat kurindui

Jumpa lagi di akhirat pasti
Di dalam syurga Tuhanku nanti

No comments:

Post a Comment