2.9.11

Aku Ingin Hidup Gembira

Aku ingin hidup gembira
Walau pun dunia dikelilingku duka
Aku ingin hidup gembira
Kerna ini adalah fitrah manusia

Aku ingin hidup gembira
Tatkala mengenangkan usia meningkat
Aku ingin hidup gembira
Bimbang jiwa ku tidak larat



<br>

Dahulu pernahku khabarkan
Jiwaku rohku hanyalah milik-Nya semata
Aku tiada apa yang kumiliki
Benar
Tiada yang salah kenyaaan itu
Kerna kita milik Dia

Namun
Mengenangkan usiaku baru 23
Jantungku sentiasa berdebar kencang
Badanku kian bongkok
Belakangku sentasa diurut
Fikiranku semakin larut
Apakah yang dapat dibayangkan daripadaku ini
Pemuda yang berusia muda
Bertubuh tua
Berfikiran muda

Pernah mereka bayangkan
Aku sentiasa berharta
Maaf kukata
Keluargaku orang desa
Tiada berharta kecuali sekangkang kera
Anak mereka khazanah mereka
Itulah harta yang mereka ada

Pernah kubayangkan
Ku tempuh jalan yang sukar
Bukan kerana apa
Cuma dugaan sebagai hamba
Mungkin ini mampu bagiku
Tuhan yang tentukan

Aku ingin hidup gembira
Walau pun aku tidak berharta
Badanku kurus bukan kerana menjaga
Tetapi memang ku tidak berpunya
Begitu juga pakaianku biasa sahaja
Kebanyakan sudah berusia
Sehelai dua baju disedekahkan
Kenderaanku tidak terjaga
Bukan kerana tiada masa
Tetapi kerana tiada upaya
Aku tidak berpunya

Pernah orang kata aku sensitif
Aku kata aku bermaruah
Andai cuba dihinjak dengan gurauan bisa
Sekadar menyatakan dirinya lebih baik daripada diriku
Ingatlah
Tuhan Maha Menilai
Aku papa kedana bukan susahkan sesiapa
Rezekiku Tuhan yang bagi
Bukanlah engkau yang bagi
Pelik manusia munafik

Pernah orang mencelaku dalam nada gurau
Aku tersenyum lalu berlalu
Diriku selalu begitu
Dihina dan dicerca bukan tak selalu
Semuanya disebabkan oleh sebab yang tak pasti
Allah jadikan musuhku adalah orang yang hilang pedoman
Tidak dimusuhi namun memusuhi
Itulah manusia akhir zaman
Nas-nas syarak memberi keteguhan

Aku ingin hidup gembira
Kuhabiskan masa muda ini dengan biasa
Cuba menyumbangkan sedikit jasa pada Agama
Aku kini tidak tahu kenapa
Diriku tertanya-tanya
Adakah bernilai ini semua
Atau sekadar tiket ke neraka
Aku ingin senyum
Menghabiskan masa dewasa bersama keluarga
Menikmati dingin wangi bauan ketenangan
Damai di bawah panji Islam
Inilah diriku
Mengharapkan zaujah yang setia
Mengharapkan zuriat yang akan berjasa
Menginfakkan seluruh hidup mereka pada agama mereka
Kerna ku percaya
Perjuangan ini ada hakikat
Hakikat itu adalah kasih sayang-Nya
Selamat

No comments:

Post a Comment