2.9.11

Murjiah



Ingin kutanya engkau apakah itu Murjiah?
Adakah sebuah kumpulan nasyid baru
Atau pun model baru kereta di pasaran Arab?
Tak pun nama seorang tokoh yang berasal dari Timur Tengah
Jawapan itu semuanya salah

Murjiah adalah satu kelompok bida'ah
Pemikiran berlawanan dengan Khawarij
Mempunyai dua kelompok utama pula
Diimami oleh Hassan bin Muhammad bin Ali dan Jaham bin Safwan
Aliran Hassan bersifat moderat manakala Jaham bersifat ekstrim
Dari Jaham diilhamkan aliran Jahmiyah

<br>

Aqidah Murjiah mudah
Segalanya milik Allah
Allah adalah pemutus segala-galanya
Islamnya seseorang itu melalui syahadah

Namun
Mereka percaya bahawa iman hanya perlu di dalam hati
Tidak perlu ditonjolkan melalui perbuatan
Tidak perlu ditonjolkan melalui cara hidup
Tidak perlu menjadikan tuntutan iman sebagai matlamat hidup
Itu bermaksud seseorang itu dikira Islam walau pun tidak sembahyang
Seseorang itu minum arak, judi dan zina
Tak langsung mempengaruhi iman
Kerana seseorang itu dikira beriman apabila melafazkan syahadah

Begitu juga
Mereka tidak mahu menganggap menuju ke arah kafir
Walau pun seseorang itu memenuhi hidupnya dengan keingkaran kepada Tuhan azza wa jalla
Cukuplah seseorang itu dikira muslim
Dengan ungkapan syahadah
Walau pun tidak pernah sedetik pun taubat di hati dan bibir
Kerana mereka percaya
Tuhan adalah Pengadil segala-galanya
Walau pun kata Tuhan dalam Qur'an dan Sunnah mereka tolak
Berkaitan kekufuran mereka yang menolak agama Allah

Maka di sini
Aku ingin menanyakan kembali
Siapakah di sini bersefahaman dengan Murjiah
Memisahkan agama dari kehidupan seharian
Kerana iman seseorang itu tidak dipengaruhi amalan mereka
Dunia ini berputar-putar
Mungkin tiada akan mengaku mereka Murjiah, Jahmiah
Namun mereka sebenarnya sefahaman dengan mereka
Kisah klasik dibaharui sepanjang zaman
Termasuklah zaman kita ini
Kelompok yang binasa termasuk 72 golongan yang masuk neraka
Dikatakan oleh Nabi pilihan
Na'uzubillahi min zaalik

No comments:

Post a Comment