5.9.11

Restoran Shabu Shabu Makanan Kuffar

Restoran Shabu Shabu di Seri Manjung
Indah namanya
Seindah deretan bar di kiri kanannya
Kutatap wajah sahabat handai yang mengujanya
Tersenyum puas perjalanan dua jam sampai akhirnya

Restoran Shabu Shabu nama diberi
Menggamit perasaan ingin tahu kami
Kuteruja setelah erti
Ini restoran dimiliki oleh muslim
Itulah kata sahabatku itu



Perkenalan pertama dengan restoran makanan laut ini
Kami dikehendaki berdiri selama beberapa detik
Menunggu meja dikosongkan oleh pelanggan setia
Aku sabar menanti
Kami sabar menanti




Tiba-tiba pandanganku terhenti
Pada tanda HALAL mataku berhenti
Mengungkapkan pelbagai soalan di hati
Adakah logo ini sah sebenarnya?
Aku pernah dikhabarkan logo HALAL ini tidak bererti
Tidak diiktiraf semua jabatan agama negeri di dunia ini
Maka ku terpana pada yang bererti
Adakah ini restoran muslim?


Restoran Shabu Shabu pembuka selera
Kemudian
Kami disajikan dengan amoi yang menawan
Menjaga kaunter mengambil pesanan
Kuterka dia hanyalah pelayan
Terkejut dikhabarkan bahawasanya dia tuan
Mengambilku kad nama korporat
BEE ANN 012-XXXXXXXXX
Adus terkena pula dengan sahabat sialan
Tersalah parking tersalah join


Restoran Shabu Shabu sungguh jimat
RM17 untuk 2 jam makan tanpa henti
Aku dah mula ragui restoran ini
Kemudian
Hatiku berbunga kembali
Melihat kakak ini
Bertudung litup persis permaidani
Menutup kecacatan restoran ini
Aku mengambil kesempatan yang ada untuk mengkaji
Pekerja dan peniaga di sini
Semuanya gelap seumpama Pakistan
Aku tidak ketahui agama di hati
Kemudian kulihat seorang kakak umpama orang Filipina
Selain kakak tadi
Kuamati
Rupanya kakak bertudung litup tadi Indon bapak!
Alamak! Aku udah ke mana ni dong?
Restoran yang ramai pelanggan muslim ini
Berbuka puasa di dalam restoran bukan muslim
Tanda halal yang diragui
Pekerja yang kurang dipercayai
Tempat yang menggusar jiwa ini
Hebat sekali restoran ini!


Shabu Shabu nama diberi
Walau pun nama tidak membawa sebarang erti
Namun
Ramainya pelanggan muslim
Generasi muda ramai di sini
Pelajar loghat timur menghiasi
Seakan ku berada di Pasar Siti Khadijah
Menghirup kuah menjilat pinggan
Sungguh enaknya juadah ini
Menyebabkan jantungku tidak tenteram
Membawaku berfikir ke mana arah nanti


Shabu Shabu teruk namamu
Kuimpikan engkau akan hanyut ditelan tsunami
Menyusahkan masyarakat muslim dengan labelan yang diberi
Sungguh menduka citakan restoran bukan muslim
Diimpikan dirindui muslim
MasyaAllah patutlah akhlak muslim diragui
Memakan makanan syubhah dan haram menjadi daging
Alangkah bangsatnya anak agamaku
Menjadikan benda haram sebagai juadah
Aku terus tega mendakwah
Membawa masyarakatku menyokong perniagaan muslim


InsyaAllah akan kuberikan gambar kami nanti
Membongkar dakyah kuffar melalui makanan

No comments:

Post a Comment