2.9.11

Biarlah Mereka Kata

Biarlah mereka kata diriku Wahhabi
Kerna tidak mengamalkan sunnah nabi
Ku tanya apakah sunnah nabi itu
Katanya bacaan Yasiin malam Jumaat
"Lagi?," tanyaku
Bacaan zikir selepas solat lima waktu
"Lagi?," kataku
Bertahlil untuk arwah
"Lagi?," gesaku
Dirinya terdiam.
"Wahhabi sesat kerana tidak amalkan sunnah nabi," katanya
Jawabku "Sudah?,"
"Ya," jawabnya.


<br>

Aku tersenyum
"Ada antara amalan2 yang kamu cakapkan tadi tidak jelas bersumber dari nabi," jelasku
"Jadi anda adalah Wahhabi," pintasnya.
"Adakah Rasulullah s.a.w. Wahhabi juga kerana tidak amalkan amalan kamu tadi," kataku.
Dirinya diam kaku.

"Setiap amalan hendaklah mempunyai nas untuk diamalkan,"
"Kita berlapang dada dengan sebarang pandangan. Bahkan kita menyeru ke arah sikap mulia ini atas dasar kepelbagai pandangan merupakan fitrah manusia. Penafsiran agama berdasarkan kemampuan seseorang ahli ijtihad dalam menyatakan pandangannya. Mesti didasari nas yang sahih. Namun, pandangan anda sukar diterima kerana tiada hujah dan bersifat membabi buta,"
Ujarku.

"Jadi anda menolak sunnah nabi?," katanya mencuka.
"Saya adalah pendokong sunnah nabi. Amalan yang nabi buat, itulah yang saya fahami sebagai sunnah nabi. Amalan yang nabi tidak buat secara jelas, pada pandangan saya bukanlah sunnah nabi. Maksud sunnah nabi adalah "jalan". Apakah mungkin kita hendak sampai ke tempat tujuan sedangkan kita tidak melalui jalan yang mengarah ke arah tempat itu? Kita hendak mencapai kesempurnaan agama namun tidak mengikut apa yang telah Nabi s.a.w. tetapkan. Adakah kita akan sampai tujuan?," bingkasku.

Dirinya membisu.

"Nabi s.a.w. dan para sahabat tidak pernah berkumpul pada masjid untuk membaca Yaasin. Begitu juga kenduri arwah yang membebankan keluarga si mati. Apakah sunnah andai kita melakukan amalan yang bukan dilakukan oleh nabi?,"

"Lagi pun tiada siapa kata tiada zikir selepas solat. Banyak hadith riwayat Muslim menjadi bukti. Kita tidak tolak namun kita tolak amalan yang tidak didasari dengan sunnah nabi - kuat sehingga mengganggu solat, afdal sirriy dan penetapan wajib bagi zikir selepas solat. Apakah kuat dan kewajipan itu adalah sunnah nabi?,"

Dia membisu.

"Saya meraikan pandangan anda. Saya mengharapkan perkara yang sama juga berlaku dari pihak anda. Terima kasih atas teguran," kataku.

Dirinya diam membisu. Bangun dan terus berlalu.
Membawa dirinya yang sangat keliru.
Taksub dalam pandangan, mungkin
Biarlah dia berlalu
Tak semua perkara itu perlu dipalu
Namun semua perkara itu perlu tahu
Walau pun sukar untuk diikut

Kita meraikan pandangan
Jangan bersikap melampau dalam mempertahankannya
Bersikaplah terbuka dalam mendengar
Biarkan saff terpelihara
Jaga ukhwah sesama saudara

Kesimpulannya
Aku bukanlah Wahhabi
Dan tidak akan sama sekali menjadi Wahhabi
Aku hanyalah manusia yang mengikut sunnah Nabi
Tidak melampau dalam menegakkan hujah
Kerana ku tahu perbezaan pandangan satu fitrah
Kekuatan nas menjadi pemutus segalanya

No comments:

Post a Comment